PENGENALAN
Andalus Corporation Pte Ltd mula beroperasi pada tahun 1996 di Bukit Batok. Pada ketika itu ia merupakan sebuah bilik darjah sahaja. Alhamdulillah, dengan bantuan Allah SWT, hari ini terdapat 16 buah cawangan Andalus serata Singapura.
​
Setiap cawangan diurus oleh pengetua-pengetua yang berkelulusan dan berkemahiran. Mereka dibantu oleh para asatizah dari latarbelakang pelbagai universiti Islam dan mempunyai sijil kelayakan ARS.
​
Andalus telah membentuk tiga bahagian utama iaitu Pendidikan, Pengurusan dan Kewangan yang berperanan untuk memastikan khidmat pembelajaran adalah bermutu dan diyakini.
​
Keyakinan Andalus adalah, di atas segala daya dan usaha, hanya Allah yang menentukan dan Dia adalah sebaik-baik Pembantu.
KATA PENGANTAR
Matlamat Pendidikan Andalus
​
-
Mempunyai kefahaman mengenai Islam dan mencontohi akhlak mithali
-
Merealisasikan semua ajaran Islam dan menghayati sunnah dalam kehidupan
-
Menunaikan hak-hak Islam dan berhemah tinggi mendidik anak-anak cara Islam
Model Kurikulum Andalus
​
Model kurikulum Andalus harus memberi perhatian kepada 4 perkara iaitu,
1- objektif kurikulum,
2- jenis kandungan yang digunakan
3- pengalaman pembelajaran yang disediakan
4- penilaian hasil pembelajaran
Objektif-objektif Kurikulum Andalus
​
-
Memberi pengetahuan dan kefahaman yang mencukupi mengenai ilmu-ilmu teras agama Islam mengikut kadar umur dan kebolehan pelajar.
-
Menekankan aspek ta’lim (proses menimba ilmu) ta’dib (beradab dengan Allah, Rasul dan hubungan dengan sekalian makhluk/sistem kehidupan) dan tarbiyyah (latihan kerohanian, intelek dan jasmani).
-
Membentuk insan yang berilmu dan berfikiran secara logis, analitis, kreatif, inovatif berlandaskan al-Quran dan al-Sunnah.
-
Menghasilkan peribadi yang seimbang dari segi rohani, intelek dan jasmani agar menjadi muslim yang soleh dan muslih.
-
Mengembangkan potensi dan bakat serta keupayaan setiap individu khususnya dalam pendidikan, penghayatan cara hidup dan menegakkan syiar Islam.
-
Melahirkan insan yang berakhlak mulia, progresif dan berketrampilan agar dapat menyumbang kepada agama, bangsa dan negara.
-
Menyediakan suasana pengajaran dan pembelajaran yang baik.
VISI, MISI DAN OBJEKTIF
Visi
Muslim yang berilmu dan bertaqwa berteraskan al-Quran dan al-Sunnah.
Misi
Menyediakan pendidikan Islam dengan kesungguhan, kesabaran dan keikhlasan dalam melahirkan Muslim yang berilmu dan bertaqwa berteraskan al-Quran dan al-Sunnah.
​
Objektif
Objektif dan matlamat kami adalah untuk melahirkan individu-individu yang mempunyai ciri-ciri berikut:
-
Mempunyai kefahaman mengenai Islam dan mencontohi akhlak mithali
-
Merealisasikan semua ajaran Islam dan menghayati sunnah dalam penghidupan
-
Menunaikan hak-hak Islam dan berhemah tinggi
Nilai
Kami percaya bahawa setiap warga kerja Andalus mampu dan ingin menyumbang secara berkesan kepada kerjayaan organisasi. Sehubungan dengan ini, dalam semua urusan, kami menghayati ciri-ciri berikut :
Fokus Pelanggan
Kami komited untuk menjalin hubungan baik dengan semua waris dan para pelajar sebagai rakan-rakan sepanjang hayat. Kami menghormati setiap dari mereka sebagai individu yang penting dan mempunyai keperluan tersendiri.
Pembangunan Warga Kerja
Kami berusaha mewujudkan suasana kerjaya yang membuka peluang kepada setiap warga kerja kami untuk mengoptimumkan potensi diri.
Kerja Berkumpulan
Kami yakin dengan budaya kerja secara berkumpulan dengan semangat bergotong royong. Kami menghargai segala sumbangan dari setiap warga kerja, waris dan pelajar.
Inovasi
Kami beriltizam untuk terus mempertingkatkan perkhidmatan kami dari pelbagai segi secara berterusan. Kami akan memastikan sebarang bayaran yang dikenakan adalah wajar dan berpatutan.
JALUR PENGAJIAN
STRUKTUR ORGANISASI
(Klik gambar untuk besarkan)
Carta Organisasi Divisyen Andalus
Carta Organisasi Pengurusan Cawangan Andalus