PENGENALAN
Diploma Pengajian Islam Lanjutan (DPIL) ditawarkan sebagai pengajian separuh masa bagi peringkat pos-menengah yang merangkumi pelbagai pengkhususan disiplin agama. Di samping pengajian ilmu-ilmu teras agama dalam pengkhususan tersendiri seperti al-Quran, al-Hadith dan al-Syariah dan Aqidah, DPIL juga menekankan aspek kontekstualisasi dan aplikasi ilmu-ilmu tersebut. Pengkhususan yang ditawarkan ialah:
-
Diploma Lanjutan Quran dan Sunnah
-
Diploma Lanjutan Fiqh dan Usul Fiqh
-
Diploma Lanjutan Aqidah Falsafah
-
Diploma Lanjutan Pendidikan Islam
​
DPIL Andalus bertujuan memberi peluang kepada lulusan program Diploma dari Andalus, Cordova, al-Zuhri lain-lain institusi pengajian untuk melanjutkan pengajian Islam (bukan sepenuh masa) ke peringkat yang lebih tinggi iaitu peringkat Diploma Lanjutan. Dengan ini mereka mendapat peluang untuk mendalami dan meluaskan pemikiran serta kefahaman Islam sejajar dengan keperluan-cabaran semasa.
Natijah Pengajian
Berilmu
Menguasai ilmu-ilmu teras, memahami konsep kesepaduan dalam ilmu serta dapat menghubungkaitkan (duniawi dan ukhrawi) dengan kehidupan seharian
Memahami Maqasid Syariah, mempunyai tasawwur Islam yang jelas dan mampu mengaplikasikannya sesuai dengan konteks semasa.
Beriman Beramal dan Bertaqwa
Mempunyai akhlak yang terpuji dan berupaya meletakkan sesuatu pada tempatnya (beradab).
Berpegang teguh pada Al-Quran dan Al-Sunnah dalam kehidupan seharian dan memiliki keyakinan yang mendalam terhadap Islam sebagai agama rahmat bagi sekalian alam.
Syarat-Syarat Kemasukan :
-
Berusia tidak kurang dari 19 tahun
-
Telah menamatkan dan lulus pengajian Islam secara formal peringkat diploma atau pra universiti di institusi pengajian agama seperti madrasah sepenuh masa, madrasah masjid, persatuan Islam atau agensi swasta.
Syarat-Syarat Kemasukan Untuk Pengajian Secara Odit :
-
Berusia tidak kurang dari 19 tahun.
​
Yuran Pengajian :
-
Pendaftaran $62
-
Bulanan $101
-
Yuran tidak termasuk buku dan nota tambahan.
​
Kehadiran Modul :
-
Pelajar perlu menghadiri sekurang-kurangnya 60% dari waktu pengajian setiap modul.
-
Pelajar yang kehadirannya 60% dan ke bawah dilarang menduduki peperiksaan dan perlu mengulangi modul tersebut serta pembayaran yuran yang baru.
-
Pelajar tidak dibenarkan menuntut yuran untuk modul yang tidak dihadiri.
-
Pelajar yang ingin menangguhkan pengajian perlu menulis surat permohonan beserta alasan yang munasabah kepada jabatan pendidikan pos menengah.
-
Pelajar juga harus memohon agar pemotongan yuran melalui Giro dihentikan sewaktu penangguhan pengajian.
-
Jika pelajar gagal melakukan demikian pihak Andalus tidak akan bertanggungjawab atas pemotongan tersebut dan yuran yang telah dipotong tidak akan dikembalikan.
Musim Pengajian
Diploma Lanjutan Pengajian Islam mengamalkan sistem 2 semester dalam tempoh 12 bulan. Setiap semester mengambil masa 6 bulan dan dibahagikan kepada 2 penggal dengan 11 minggu pengajian dalam setiap penggal, diikuti dengan 1 minggu peperiksaan dan 1 minggu cuti setelah tamat setiap penggal.
​
Pembelajaran berlangsung seminggu sekali dalam masa 2 jam 45 minit.
Semester 1 (6 Bulan)
Penggal 1 : Jan - Mac (13 Minggu)
-
Minggu Pengajian : Jan - Mac (11 minggu)
-
Minggu Peperiksaan : Mac (1 minggu)
-
Minggu Cuti : Apr (1 minggu)
Penggal 2 : Apr -Jun (13 Minggu)
-
Minggu Pengajian : Apr - Jun (11 minggu)
-
Minggu Peperiksaan : Jun (1 minggu)
-
Minggu Cuti : Jun (1 minggu)
Semester 2 (6 Bulan)
Penggal 3 : Jul - Sep (13 Minggu)
-
Minggu Pengajian : Jul - Sep (11 minggu)
-
Minggu Peperiksaan : Sep (1 minggu)
-
Minggu Cuti : Sep (1 minggu)
Penilaian & Sijil
Penggal 4 : Okt - Dis (13 Minggu)
-
Minggu Pengajian : Okt - Dis (11 minggu)
-
Minggu Peperiksaan : Dis (1 minggu)
-
Minggu Cuti : Dis (1 minggu)
Sistem Penilaian
Penilaian dijalankan secara berterusan dan di akhir setiap semester mengikut ketetapan institusi dan pensyarah. Penilaian meliputi tugasan, pembentangan dalam kelas dan kehadiran.