PENGENALAN
Program Diploma Pengajian Islam (DPI) secara atas talian (online) ditawarkan sebagai pengajian separuh masa bagi peringkat pos-menengah yang merangkumi pelbagai pengkhususan disiplin agama secara atas talian atau online. Di samping pengajian ilmu-ilmu teras agama dalam pengkhususan tersendiri seperti al-Quran, al-Hadith dan al-Syariah dan Aqidah, DPIO juga menekankan aspek kontekstualisasi dan aplikasi ilmu-ilmu tersebut.
DPIO Andalus bertujuan memberi peluang kepada lulusan program menengah Pra Diploma Andalus, Cordova, al-Zuhri lain-lain institusi pengajian untuk melanjutkan pengajian Islam (bukan sepenuh masa) ke peringkat yang lebih tinggi iaitu peringkat Diploma. Dengan ini mereka mendapat peluang untuk mendalami dan meluaskan pemikiran serta kefahaman Islam sejajar dengan keperluan-cabaran semasa.
Program DPIO ini juga diadakan bagi mereka yang tidak berpeluang untuk ikuti pengajian secara formal di cawangan pada masa yang ditetapkan.
Natijah Pengajian
Berilmu
Menguasai ilmu-ilmu teras, memahami konsep kesepaduan dalam ilmu serta dapat menghubungkaitkan (duniawi dan ukhrawi) dengan kehidupan seharian.
Memahami Maqasid Syariah, mempunyai tasawwur Islam yang jelas dan mampu mengaplikasikannya sesuai dengan konteks semasa.
​
Beriman Beramal dan Bertaqwa
Mempunyai akhlak yang terpuji dan berupaya meletakkan sesuatu pada tempatnya (beradab).
Berpegang teguh pada Al-Quran dan Al-Sunnah dalam kehidupan seharian dan memiliki keyakinan yang mendalam terhadap Islam sebagai agama rahmat bagi sekalian alam.
Syarat-Syarat Kemasukan :
-
Berusia tidak kurang dari 17 tahun.
-
Telah menamatkan dan lulus pengajian Islam secara formal peringkat menengah di institusi pengajian agama seperti madrasah masjid, persatuan Islam atau agensi swasta.
Pengajian Secara Odit (Berkala) :
• Berusia tidak kurang dari 17 tahun.
Lembaga Pengurusan boleh melakukan interviu terhadap calon-calon tertentu dan keputusannya adalah muktamad.
Yuran:
-
Yuran pendaftaran $62.00
-
Yuran bulanan $69.40
-
Yuran tidak termasuk buku dan nota tambahan
​
Kehadiran Modul :
• Pelajar perlu menghadiri sesi zoom sekurang-kurangnya 80% dari waktu pengajian setiap modul.
• Pelajar yang kehadirannya kurang dari 80% tidak layak untuk menduduki peperiksaan
• Pelajar yang kehadirannya 60% dan ke bawah dilarang menduduki peperiksaan dan perlu mengulangi modul tersebut serta pembayaran yuran yang baru.
• Pelajar tidak dibenarkan menuntut yuran untuk modul yang tidak dihadiri.
• Pelajar yang ingin menangguhkan pengajian perlu menulis surat permohonan beserta alasan yang munasabah kepada jabatan pendidikan pos menengah.
• Pelajar juga harus memohon agar pemotongan yuran melalui Giro dihentikan sewaktu penangguhan pengajian.
• Jika pelajar gagal melakukan demikian pihak Andalus tidak akan bertanggungjawab atas pemotongan tersebut dan yuran yang telah dipotong tidak akan dikembalikan.
Musim Pengajian
Diploma Pengajian Islam Andalus secara atas talian (online) mengamalkan sistem 2 semester dalam tempoh 12 bulan. Setiap semester mengambil masa 6 bulan dan dibahagikan kepada 2 penggal dengan 10 minggu pengajian dalam setiap penggal, diikuti dengan 2 minggu peperiksaan dan 1 minggu cuti setelah tamat penggal pertama.
​
Pembelajaran berlangsung seminggu sekali dalam masa 2 jam.
​
Program ini dijalankan secara bermodul selama 4 tahun. Di samping itu, pelajar didedahkan dengan pengajian ( asynchronous) melalui portal yang menyediakan kandungan pembelajaran kendiri seperti video ringkas dan juga aktiviti lain. Ia boleh dilakukan sebelum atau selepas kelas.
SEMESTER 1 (6 Bulan)
Penggal 1 : Jan - Mac (13 Minggu)
-
Minggu Pengajian : Jan - Mac (13 minggu)
-
Minggu Peperiksaan : Mac (2 minggu)
-
Minggu Cuti : Apr (1 minggu)
Penggal 2 : Apr - Jun (13 Minggu)
-
Minggu Pengajian : Apr - Jun (13 minggu
-
Minggu Peperiksaan : Jun (2 minggu)
-
Minggu Cuti : Jun (1 minggu)
SEMESTER 2 (6 Bulan)
Penggal 3 : Jul - Sep (13 Minggu)
-
Minggu Pengajian : Jul - Sep (13 minggu)
-
Minggu Peperiksaan : Sep (2 minggu)
-
Minggu Cuti : Sep (1 minggu)
Penggal 4 : Okt - Dis (13 Minggu)
-
Minggu Pengajian : Okt - Dis (13 minggu)
-
Minggu Peperiksaan : Dis (2 minggu)
-
Minggu Cuti : Dis (1 minggu)
Silibus Pengajian
• Tasawwur Islam
• Tafsir
• Ulum Quran
• Mustolah
• Hadith
• Aqidah
• Usul Fiqh
• Qawaidh Fiqh
• Maqasid Syariah
• Fiqh Munakahat
• Fiqh Muamalat
• Sejarah Tamadun Islam
• Sejarah Pendidikan Islam
• Metodologi Kajian
Jalur Pengajian
Peserta yang berjaya menamatkan pengajian DPIO berpeluang untuk meneruskan pengajian mereka ke program separuh masa seperti program Diploma Pengajian Islam Lanjutan DPIL atau program ijazah yang ditawarkan Al-Zuhri dengan kerjasama Universiti Ibn Kholdun. Untuk maklumat lanjut program Al-Zuhri sila ke lelaman www.zuhri.com.sg
Penilaian & Sijil
Penilaian dijalankan secara berterusan dan di akhir setiap penggal. Tujuan penilaian berterusan ialah untuk membolehkan pelajar dan pensyarah menilai kebolehan dan pencapaian seseorang pelajar dari masa ke semasa supaya pelajar dan pensyarah dapat mengambil tindakan yang sewajarnya.