Web Analytics
top of page
Islam in English (IIE) Secondary
HO4A2066.jpg

PENDAHULUAN
Program 'Islam In English Secondary' (IIES) ialah versi bahasa Inggeris bagi program Kelas Bimbingan Menengah (KBM). Program ini ditawarkan untuk peringkat menengah 1 hingga 4.

Matlamat Program

Program ini diharapkan dapat menyediakan pengetahuan agama Islam yang lebih lanjut kepada para pelajar. Secara khususnya para pelajar yang mengikuti program ini dapat:

  • Mendalami ilmu-ilmu Islam yang asas

  • Mengenali hukum-hukum pembacaan Al-Quran

  • Menghafal doa-doa harian dan menjadikannya amalan harian

  • Menyingkap permasalahan fiqh dari sudut ibadat, mua’amalat dan lain-lain

  • Mendapat pendedahan mengenai Sejarah Islam dari zaman Nabi Muhammad s.a.w. hingga kini

  • Mendalami persoalan-persoalan Aqidah dan isu-isu berkaitan dengannya

  • Mempelajari mata pelajaran Akhlak dengan lebih mendalam

Tempoh dan Masa Pembelajaran

Jangka masa pembelajaran bagi program KBM 1 - 4 ialah 4 tahun. Setiap tahun mengandungi 2 semester. Setiap semester merangkumi 17 minggu pembelajaran, 1 minggu ulangkaji dan 2 minggu peperiksaan. Bagi setiap sesi pembelajaran, ianya akan berlangsung selama 2 jam 45 minit. 

Mata Pelajaran

Semester 1

  • Aqidah

  • Sejarah

  • Al-Quran/Tajwid

  • Solat

Semester 2

  • Fiqh

  • Akhlak

  • Al-Quran/Tajwid

  • Solat

Yuran

Yuran pendaftaran bagi kursus ini adalah sebanyak $20.00 sahaja yang perlu dibayar sekali sahaja semasa pendaftaran. Manakala yuran bulanan adalah sebanyak $66.40 sebulan.

​

Yuran tidak termasuk buku dan nota tambahan.

bottom of page