PENDAHULUAN
Program ini disusun agar para pelajar yang telah melalui pendidikan Kelas Bimbingan Kanak-Kanak (KBK) dan Kelas Bimbingan Kanak-Kanak secara online (KBKO) dapat meneruskan pembelajaran agama di peringkat yang lebih tinggi. Kurikulum peringkat menengah yang disediakan untuk mereka adalah bersesuaian dengan tahap perkembangan mereka.
Matlamat Program
Program ini diharapkan dapat menyediakan pengetahuan agama Islam yang lebih lanjut kepada para pelajar. Secara khususnya para pelajar yang mengikuti program ini dapat:
-
Mendalami ilmu-ilmu Islam yang asas
-
Mengenali hukum-hukum pembacaan Al-Quran
-
Menghafal doa-doa harian dan menjadikannya amalan harian
-
Menyingkap permasalahan fiqh dari sudut ibadat, mua’amalat dan lain-lain
-
Mempelajari bahasa Arab dan asasnya
-
Mendapat pendedahan mengenai Sejarah Islam dari zaman Nabi Muhammad s.a.w. hingga kini
-
Mendalami persoalan-persoalan Aqidah dan isu-isu berkaitan dengannya
-
Mempelajari mata pelajaran Akhlak dengan lebih mendalam
Program ini juga diadakan secara online bagi memenuhi keperluan mereka yang tidak berpeluang melalui pembelajaran agama secara formal di cawangan pada masa yang ditetapkan.
Tempoh dan Masa Pembelajaran
Program ini berjalan selama enam tahun bermula dari KBM 1 bagi remaja berumur 13 tahun hingga KBM 4 bagi pelajar berumur 16 tahun.
​
Setiap tahun dibahagikan kepada 2 semester dan setiap semester pelajar diajar matapelajaran tertentu. Ia dijalankan seminggu sekali selama 2 jam 15 minit bagi setiap sesi.
Mata Pelajaran
Mata pelajaran - Sem 1
-
Aqidah
-
Sejarah
-
Bahasa Arab
-
Al-Quran/Tajwid
-
Solat
Mata pelajaran - Sem 2
-
Fiqh
-
Akhlak
-
Bahasa Arab
-
Al-Quran/Tajwid
Learning Management System (LMS)
Andalus menyediakan wadah Learning Management System (LMS) dalam proses pengajaran dan pembelajaran sesuai dengan era teknologi.
Ia membolehkan pelajar membaca teks dan membuat tugasan LMS di mana-mana pada masa yang sesuai. Ibu bapa juga dapat melakukan aktiviti ini bersama.
Aliran KBM
Selepas pelajar menamatkan program KBM 1 - 4, mereka boleh meneruskan pengajian secara separuh masa di peringkat Diploma Pengajian Islam kelolaan Andalus. Manakala sekiranya pelajar berkenaan ingin melanjutkan pelajarannya secara sepenuh masa, mereka boleh ikuti program Pra Diploma di Al-Zuhri yang kemudiannya membolehkan mereka untuk melanjutkan ke peringkat Diploma sepenuh masa. Dengan kelulusan di peringkat Diploma pelajar dapat meneruskan pengajian tinggi mereka dalam bidang agama/ukhrawi di universiti.
Yuran
Yuran pendaftaran bagi kursus ini adalah sebanyak $20.00 sahaja yang perlu dibayar sekali sahaja semasa pendaftaran. Manakala yuran bulanan adalah sebanyak $66.40 sebulan.
​
Yuran tidak termasuk buku dan nota tambahan.
Lihat juga: