Web Analytics
top of page
Pemakluman Pengajian 11 April1024_1.jpg
Final_Teks Pemakluman Pengajian BSLE bermula Januari 20221.jpg

PEMAKLUMAN

FASA PENSTABILAN COVID-19

(COVID-19 STABILISATION PHASE)

 

Waris Pelajar dan Pelajar Dewasa yang dihormati,

 

Assalamu'alaikum wr. wb.

 

Tuan / Puan

 

PERLAKSANAAN PENGAJIAN PADA 25 OKTOBER HINGGA 12 DISEMBER 2021

 

Semoga anda dan keluarga dalam keadaan sihat sejahtera dan dirahmati Allah swt sentiasa.

 

Pemerintah telah mengeluarkan kenyataan akhbar pada 20 Oktober 2021 untuk melanjutkan langkah memperlahankan penularan wabak Covid-19 selama sebulan bermula 25 Oktober. Pusat-pusat pendidikan swasta telah dinasihatkan supaya melaksanakan pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian (online) dan dikehendaki melaksanakan demikian jika tidak dapat mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.

 

Sejajar dengan ini, berikut adalah butiran terkini perlaksanaan pengajian dan peperiksaan:

 

1. Pengajaran dan pembelajaran semua kelas-kelas pengajian diteruskan sepenuhnya secara dalam talian (online) dan para pelajar mengikuti pengajian dari rumah secara synchronous (live) menerusi aplikasi Zoom sehingga Ahad, 12 Disember 2021.

 

2. Peperiksaan akhir tahun untuk program-program teras (KBK 1-5, KBM 1-3 dan IIE) ditiadakan dan minggu peperiksaan akan digantikan dengan sesi pembelajaran. Para pelajar akan dinilai melalui penilaian formatif, tugasan, latihan dan e-pendidikan.

 

3. Peperiksaan program dewasa serta LPPI darjah 6 dan menengah 4 akan diteruskan seperti yang dirancang. Maklumat lanjut tentang peperiksaan program dewasa serta LPPI darjah 6 dan menengah 4 akan diberikan kepada pelajar terlibat secara berasingan.

 

 

Butiran lanjut mengenai jadual pengajian, pautan Zoom dan bahan-bahan pembelajaran akan diberikan oleh asatizah menerusi WhatsApp kumpulan masing-masing.

 

Kaunter administrasi dan khidmat pelanggan di semua cawangan beroperasi secara fizikal seperti biasa dengan mematuhi langkah-langkah pengurusan selamat. Jika terdapat sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi pegawai yang bertugas di cawangan masing-masing pada waktu pejabat.

 

Terima kasih. Wassalam wr. wb.

 

 

LEMBAGA PENGARAH 

 

22 Oktober 2021

PEMAKLUMAN

 

FASA PENSTABILAN COVID-19 

(COVID-19 STABILISATION PHASE)

 

 

Waris Pelajar dan Pelajar Dewasa yang dihormati,

 

Assalamu'alaikum wr. wb.

 

Tuan / Puan

 

 

PERLAKSANAAN PENGAJIAN PADA 27 SEPTEMBER HINGGA 24 OKTOBER 2021

 

Semoga anda dan keluarga dalam keadaan sihat sejahtera dan dirahmati Allah swt sentiasa.

 

Pemerintah telah mengeluarkan kenyataan akhbar pada 24 September 2021 tentang langkahlangkah mempertingkatkan keselamatan bermula 27 September hingga 24 Oktober 2021, untuk memperlahankan penularan wabak Covid-19. Pusat-pusat pendidikan swasta telah dinasihatkan supaya melaksanakan pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian (online) dan dikehendaki melaksanakan demikian jika tidak dapat mematuhi peraturan terkini yang telah diperketatkan.

 

Sejajar dengan ini, berikut adalah butiran terkini perlaksanaan pengajian:

 

1. Pengajaran dan pembelajaran semua kelas-kelas pengajian akan dilaksanakan sepenuhnya dalam talian (online) dan para pelajar mengikuti pengajian dari rumah secara synchronous (live) menerusi aplikasi Zoom bermula Isnin, 27 September hingga Ahad, 24 Oktober 2021.

 

2. Jadual mula pengajian setiap kelas akan dikekalkan seberapa yang mungkin.

 

3. Tempoh masa program pengajian akan disesuaikan mengikut keperluan peringkat umur pelajar untuk mengawal mutu dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian.

 

 

Butiran lanjut mengenai jadual pengajian, pautan Zoom dan bahan-bahan pembelajaran akan diberikan oleh asatizah menerusi portal pelajar dan WhatsApp kumpulan masing-masing.

 

Kaunter administrasi dan khidmat pelanggan di semua cawangan beroperasi secara fizikal seperti biasa dengan mematuhi langkah-langkah pengurusan selamat. Dengan pemakluman terkini surat ini, sila abaikan surat yang diedarkan bertarikh 23 September 2021. Jika terdapat sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi pegawai yang bertugas di cawangan masing-masing pada waktu pejabat.

 

Terima kasih. Wassalam wr. wb.

 

 

LEMBAGA PENGARAH  

26 September 2021

PEMAKLUMAN

PERINGKAT PERSIAPAN PERALIHAN KETAHANAN COVID-19

(COVID-19 RESILIENCE)

 

Waris Pelajar dan Pelajar Dewasa yang dihormati,

 

Assalamu'alaikum wr. wb.

​

Tuan / Puan

 

PERLAKSANAAN PENGAJIAN PADA 27 SEPTEMBER HINGGA 10 OKTOBER 2021

 

Semoga anda dan keluarga dalam keadaan sihat sejahtera dan dirahmati Allah swt sentiasa. 

 

Seperti yang anda sedia maklum jumlah kes jangkitan Covid-19 telah meningkat dengan ketara sejak awal September. Kementerian Pendidikan (MOE) telah mengumumkan bahawa semua sekolah rendah termasuk sekolah pendidikan khusus akan memulakan pembelajaran dari rumah sepenuhnya (HBL) bermula 27 September hingga 6 Oktober (selesai Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah atau PSLE). Langkah tersebut dilaksanakan bagi mencegah penyebaran jangkitan COVID-19 di kalangan para pelajar muda yang belum layak divaksinasi. Ia juga bertujuan untuk mengurangkan jumlah pelajar yang dikenakan arahan kuarantin (QO) atau dikenakan cuti ketidakhadiran (LOA) dalam tempoh perlaksanaan PSLE.

 

Sejajar dengan ini, berikut adalah butiran terkini perlaksanaan pengajian:

 

  1. Pengajian dalam talian menerusi Zoom (online - live synchronous):

    Pengajian semua kelas peringkat prasekolah dan rendah akan dilaksanakan sepenuhnya dalam talian (online) dan para pelajar mengikuti pengajian dari rumah menerusi aplikasi Zoom bermula Isnin, 27 September hingga Ahad, 10 Oktober.
     

  2. Pengajian secara BSLE (Blended Synchronous Learning Environment):


    Pengajian kelas peringkat menengah dan dewasa kecuali program KBD dan PPI akan dikekalkan perlaksanaannya secara BSLE iaitu secara seiring (concurrent), sebahagian pelajar hadir kelas fizikal di cawangan dan yang lain hadir kelas maya (virtual).

    ​

  3. Pengajian secara Kuliah dalam talian menerusi Webinar (online - live synchronous):

    Pengajian kelas peringkat dewasa untuk program KBD dan PPI akan dilaksanakan secara Kuliah sepenuhnya dalam talian (online) menerusi aplikasi Webinar.
     

Butiran lanjut mengenai jadual pengajian dan maklumat pautan Zoom dan Webinar akan diberikan oleh asatizah menerusi portal pelajar dan WhatsApp group kelas masing-masing. 

 

Kaunter administrasi dan khidmat pelanggan di semua cawangan beroperasi secara fizikal seperti biasa dengan mematuhi langkah-langkah pengurusan selamat. Jika terdapat sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi pegawai yang bertugas di cawangan masing-masing pada waktu pejabat. 

 

Terima kasih. Wassalam wr. wb. 

 

LEMBAGA PENGARAH 

23 September 2021

PEMAKLUMAN

PERATURAN TERKINI COVID-19

FASA 2 (KEWASPADAAN DIPERTINGKAT)

 

Waris Pelajar dan Pelajar Dewasa yang dihormati,

 

Assalamu'alaikum wr. wb.

 

Tuan / Puan

 

PENGAJIAN SELARI SECARA FIZIKAL DAN MAYA (BSLE)

 

Semoga anda dan keluarga dalam keadaan sihat sejahtera dan dirahmati Allah swt sentiasa. 

 

Pemerintah telah memaklumkan kelonggaran sekatan Covid-19 Fasa 2 (Kewaspadaan Dipertingkat) bermula Selasa, 10 Ogos, secara berperingkat. Institusi pengajian swasta dibenarkan melaksanakan pengajian secara fizikal bermula 10 Ogos dengan mematuhi langkah-langkah pengurusan selamat yang terkini. Pemerintah masih amat menggalakkan agar pengajian dijalankan secara dalam talian (online) dan sedang meningkatkan jumlah penduduk yang menjalani vaksinasi untuk mewujudkan sekitaran yang lebih selamat.

 

Sejajar dengan ini, berikut adalah butiran terkini perlaksanaan pengajian:

 

  1. Pengajian semua kelas diteruskan secara dalam talian (live synchronous) dari rumah menerusi aplikasi Zoom sehingga selesai tempoh Pengajian Penggal Ketiga pada Ahad, 12 September.
     

  2. Bermula Penggal Keempat, Isnin, 13 September, pengajian semua kelas akan dilaksanakan seperti sebelum ini secara BSLE (Blended Synchronous Learning Environment) iaitu secara seiring (concurrent), sebahagian pelajar hadir kelas fizikal dan yang lain hadir kelas maya (virtual) dengan perincian berikut:

 

  • Jumlah pelajar setiap kelas dibahagikan kepada dua kumpulan (A dan B) untuk mematuhi peraturan jarak selamat (safe distancing).
     

  • Setiap minggu hanya satu kumpulan yang hadir ke cawangan untuk mengikuti pengajian kelas fizikal, manakala kumpulan kedua mengikuti pengajian dalam talian (online) dari rumah secara live synchronous menerusi aplikasi Zoom.
     

  • Waktu pengajian akan ditamatkan 15 minit lebih awal untuk memberi masa pembersihan dan penjarakan masa sebelum bermula kelas yang berikutnya. 

 

Butiran lanjut mengenai jadual pengajian dan pembahagian pelajar kepada kumpulan A atau B, akan diberikan oleh asatizah menerusi WhatsApp group kelas masing-masing. 

 

Kaunter administrasi dan khidmat pelanggan di semua cawangan beroperasi secara fizikal seperti biasa dengan mematuhi langkah-langkah pengurusan selamat. Jika terdapat sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi pegawai yang bertugas di cawangan masing-masing pada waktu pejabat. 

 

Terima kasih. Wassalam wr. wb. 

 

LEMBAGA PENGARAH 

19 Ogos 2021

PEMAKLUMAN

 

Waris Pelajar dan Pelajar Dewasa yang dihormati,

 

Assalamu'alaikum wr. wb.

 

Tuan / Puan

 

PERLAKSANAAN PENGAJIAN DI FASA 3 (KEWASPADAAN DIPERTINGKAT)

 

Semoga anda dan keluarga dalam keadaan sihat sejahtera dan dirahmati Allah swt sentiasa.

 

Pemerintah telah memaklumkan kelonggaran sekatan Covid-19 Fasa 3 (Kewaspadaan Dipertingkat) bermula Isnin, 14 Jun, secara berperingkat. Institusi pengajian swasta akan dibenarkan melaksanakan pengajian secara fizikal bermula 21 Jun dengan mematuhi langkahlangkah pengurusan selamat yang terkini.

 

Sejajar dengan ini, berikut adalah butiran terkini perlaksanaan pengajian:

 

  1. Pengajian semua kelas diteruskan secara atas talian (live synchronous) dari rumah menerusi aplikasi Zoom sehingga Ahad, 27 Jun.
     

  2. Bermula Isnin, 28 Jun, pengajian semua kelas akan dilaksanakan seperti sebelum ini secara BSLE (Blended Synchronous Learning Environment) iaitu secara seiring (concurrent), sebahagian pelajar hadir kelas fizikal dan yang lain hadir kelas maya (virtual) dengan perincian berikut:
     

    • Jumlah pelajar setiap kelas dibahagikan kepada dua kumpulan (A dan B) untuk mematuhi peraturan jarak selamat (safe distancing).
       

    • Setiap minggu hanya satu kumpulan yang hadir ke cawangan untuk mengikuti pengajian kelas fizikal, manakala kumpulan kedua mengikuti pengajian dari rumah secara live synchronous menerusi aplikasi Zoom.
       

    • Waktu pengajian akan ditamatkan 15 minit lebih awal untuk memberi masa pembersihan dan penjarakan masa sebelum bermula kelas berikutnya.
       

  3. Peperiksaan untuk program pengajian tertentu yang bermula Isnin, 28 Jun, akan dilaksanakan secara fizikal dengan beberapa penyesuaian seperti sebelum ini.

 

Butiran lanjut mengenai jadual pengajian, jadual peperiksaan, pembahagian pelajar kepada kumpulan A atau B, dan penyesuaian khusus untuk perlaksanaan peperiksaan akan diberikan oleh asatizah menerusi portal pelajar dan WhatsApp group kelas masing-masing.

 

Kaunter administrasi dan khidmat pelanggan di semua cawangan beroperasi seperti biasa dengan mematuhi langkah-langkah pengurusan selamat. Jika terdapat sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi pegawai yang bertugas di cawangan masing-masing pada waktu pejabat.

 

Terima kasih. Wassalam wr. wb.

 

LEMBAGA PENGARAH

12 Jun 2021

PEMAKLUMAN

​

PERATURAN TERKINI COVID-19

FASA II (KEWASPADAAN DIPERTINGKAT)

 

 

Waris Pelajar dan Pelajar Dewasa yang dihormati,

 

Assalamu'alaikum wr. wb.

 

Tuan / Puan

 

 

PENGAJIAN SECARA MAYA (SYNCHRONOUS ONLINE LEARNING)

 

Semoga anda dan keluarga dalam keadaan sihat sejahtera dan dirahmati Allah swt sentiasa.

 

Pemerintah telah mempertingkatkan langkah-langkah keselamatan bermula 16 Mei hingga 13 Jun 2021, untuk membendung gelombang kedua penularan wabak Covid-19. Pusat-pusat pendidikan swasta telah dinasihatkan supaya melaksanakan pengajaran dan pembelajaran secara atas talian (online) dan dikehendaki melaksanakan demikian jika tidak dapat mematuhi peraturan terkini yang telah diperketatkan.

 

Sejajar dengan ini, berikut adalah butiran terkini pengajian bermula Isnin, 17 Mei 2021:

​

  1. Pengajaran dan pembelajaran semua kelas-kelas pengajian akan dilaksanakan secara atas talian dan para pelajar mengikuti pengajian dari rumah secara synchronous (live) menerusi aplikasi Zoom.

  2. Jadual mula pengajian setiap kelas akan dikekalkan seberapa yang mungkin.

  3. Tempoh masa program pengajian akan disesuaikan mengikut keperluan peringkat umur pelajar untuk mengawal mutu dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran secara atas talian.

 

Butiran lanjut dan terperinci mengenai jadual pengajian, pautan Zoom dan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran akan diberikan dalam masa terdekat menerusi portal pelajar dan WhatsApp kumpulan masing-masing.

 

Operasi secara fizikal pejabat dan cawangan akan terus berfungsi dengan mematuhi langkah-langkah pengurusan selamat Covid-19 yang ditetapkan. Maklumat terkini ehwal pendidikan, operasi pejabat dan cawangan akan diberikan dari masa ke masa menerusi portal pelajar, WhatsApp dan media sosial dengan mengambilkira peraturan terkini pihak berwajib.

 

Jika terdapat sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi pegawai yang bertugas di cawangan masing-masing pada waktu pejabat. Kaunter administrasi dan khidmat pelanggan di semua cawangan beroperasi seperti biasa.

 

Terima kasih. Wassalam wr. wb.

 

 

LEMBAGA PENGARAH

16 Mei 2021
 

PEMBERITAHUAN

​

Assalamu’alaikum wr. Wb.

 

Penduduk Singapura diberitahu oleh pemerintah pada 15 Jun bahawa kelonggaran pemutus litar (circuit breaker) Covid-19 Fasa II, berkuatkuasa pada 19 Jun 2020. Sehubungan dengan ini, pelbagai institusi pendidikan swasta termasuk Al-Zuhri, Andalus dan Cordova dibenarkan beroperasi secara fisikal bermula tarikh tersebut. Pada masa yang sama, protokol Covid-19 mengekang penularan wajib dipastikan  seperti Safe Entry, Safe Distancing dan semakan kesihatan setiap pengunjung.  Mengambil kira pelbagai faktor dan persiapan lengkap ehwal berkenaan, berikut adalah maklumat terkini untuk rujukan warga kerja, waris, pelajar dan masyarakat umum. 

 

Pengajian Ugama Secara Maya (Virtual Classroom) 

Pengajian ugama secara maya (virtual classroom) mengikut jadual terkini masih diteruskan untuk bulan Jun dan Jul.  Manakala status mutakhir ehwal pengajian ugama secara fisikal akan diberitahu sebelum akhir bulan Jul. Pengurusan sedang menimbang pelbagai faktor secara teliti dan komprehensif serta membuat persiapan secukupnya untuk memastikan kemaslahatan pelajar, waris dan warga kerja terjamin. Juga protokol Covid-19 dan garispandu pihak berwajib perlu difahami dan dipatuhi sebaik mungkin.  Kami sedang terokai pelbagai pendekatan berkaitan technology facilitated learning, blended learning, dsb yang sesuai untuk pelbagai tahap umur (age appropriate) iaitu pra-sekolah, rendah, menengah, pos menengah, ijazah dan pasca ijazah. Juga, setiap inisiatif perlu sesuai dengan kaedah dan matlamat pengajian ugama.     

 

Pengurusan Pejabat dan Cawangan 

Kerja-kerja pembersihan, semakan fasiliti dan peralatan serta baik-pulih cawangan-cawangan akan dilakukan oleh warga kerja dan kontraktor terlibat dalam tempoh 19 – 28 Jun. Ini amat perlu kerana operasi secara fisikal pejabat dan cawangan telah ditutup hampir tiga bulan akibat kawalan penularan Covid-19, sejak akhir Mac tahun ini. Operasi pejabat akan berfungsi secara fisikal bermula 29 Jun. Pada masa yang sama, usaha gigih sedang dibuat agar semua transaksi berlaku secara online (bukan lagi di kaunter cawangan) seperti pembayaran yuran, pendaftaran pelajar, pembelian buku, ehwal pertanyaan, dsb. Kita maklumi transaksi secara online (go-digital) digalakkan oleh pihak berwajib mengambil kira pengalaman dan kawalan penularan Covid-19.          

                  

Maklumat terkini ehwal di atas akan diberi dari masa ke masa melalui portal pelajar, whatsapp dan media sosial dengan mengambil kira pelbagai peraturan terkini pihak berwajib. Persefahaman dan kerjasama anda amat kami hargai. Semoga pendidikan Islam terjamin dan kita dalam lindungan dan rahmah Allah swt sentiasa.  Wassalam wr. wb.

 

LEMBAGA PENGARAH 

17 Jun 2020

pengajian 3 peringkat apr-dis 2020-copy

PEMBERITAHUAN

 

 

Waris Pelajar & Pelajar Dewasa yang Dihormati,

 

Assalamu'alaikum wr. wb.

 

Tuan / Puan

 

PENGAJIAN UGAMA DALAM TEMPOH APR – DIS 2020 – MENGHADAPI CABARAN COVID-19

 

Semoga anda dan keluarga sihat sejahtera dan dirahmati Allah swt sentiasa.


Kelonggaran pemutus litar (circuit breaker) Covid-19 secara bertahap telah bermula sejak 2 Jun 2020.

 

Walaubagaimanapun, pelbagai pusat pendidikan swasta (educational and enrichment centres), termasuk Andalus dan Cordova, masih belum dibenarkan beroperasi secara fisikal pada tahap ini.


Mengambil kira pelbagai faktor dan perkembangan semasa, pengajian ugama di Andalus dan Cordova direncana mengikut tiga peringkat seperti berikut:

 

Peringkat 1: April – Mei 2020

Kelas Maya (Virtual Classroom) dari Studio Induk

  1. Pengajian kelas maya (virtual classroom) secara synchronous (langsung) dan dikelola dari studio induk, mengikut tahap pengajian (dari prasekolah hingga posmenengah).

  2. Pengajian secara asynchronous (rakaman) juga disediakan untuk para pelajar yang terlepas sesi synchronous (langsung) di atas.

  3. Di samping kelas maya, para pelajar (tahap prasekolah, rendah dan menengah) juga harus melakukan tugasan e-pendidikan secara individu dan disokong waris.

  4. Asatizah mengajar program-program teras (dari studio induk) dan juga pengajian Iqra dalam kumpulan kecil, memantau penyertaan pelajar untuk kelas maya dan menyemak tugasan e-pendidikan pelajar.

 

Peringkat 2: Jun 2020


Kelas Maya (Virtual Classroom) dalam Kumpulan Asal (Ikut Jadual Asal)

  1. Pengajian kelas maya (virtual classroom) dilaksanakan mengikut jadual asal (sebelum isu Covid-19).

  2. Asatizah mengelola kelas untuk para pelajar masing-masing secara langsung dari rumah.

  3. Masa kelas maya diringkaskan dan disesuaikan untuk membolehkan pengajian berlaku dengan kadar sesuai dan berkesan.

  4. Pelbagai kemudahan teknologi pendidikan secara bertahap-tahap diperkenal, disesuai dan disepadu ke arah meningkat keberkesanan pendidikan.

 

Peringkat 3: Julai 2020 (Tertakluk kepada status mutakhir Covid-19)


Permulaan Blended Learning (Selaras Kelas Maya dan Kelas Fisikal)

  1. Permulaan Blended Learning iaitu kelas maya diselang seli dengan kelas fisikal secara mingguan untuk mematuhi panduan jarak selamat (social distancing) dan pelbagai protokol Covid-19. Ini bermakna, jumlah pelajar di setiap kelas dibahagikan kepada dua kumpulan dan setiap kumpulan mengikuti pengajian secara kelas maya dan kelas fisikal, secara silih berganti.

  2. Masa pengajian dikembalikan seberapa yang mungkin kepada jangka waktu asal (sebelum Covid-19) dan disesuaikan dengan Blended Learning.

  3. Pelbagai kemudahan teknologi pendidikan secara bertahap-tahap diperkenal, disesuai dan disepadu ke arah meningkat keberkesanan pendidikan.

 

Semoga senarai inisiatif di atas berjaya menyumbang kepada peningkatan mutu pendidikan Islam dan pengajian agama diteruskan dalam pelbagai situasi dan keadaan yang mencabar. Butiran lanjut akan diberikan dari masa ke masa menerusi portal pelajar dan media sosial, dengan mengambil kira peraturan terkini pihak berwajib.

Semoga niat dan usaha kita diredhai dan dirahmati Allah swt sentiasa. Terima kasih. Wassalam wr. wb.

 

DIVISYEN PENDIDIKAN


4 Jun 2020

PEMBERITAHUAN 

 

Assalamu'alaikum wr. wb.

Waris Pelajar dan Pelajar Dewasa yang dihormati,
 

Dalam Mesyuarat Pengarah Eksekutif (MPE) hari ini 25 Mar 2020, jam 10 pagi, berikut adalah keputusan yang dibuat:
 

Pengajian secara fisikal di semua cawangan akan diganti dengan pengajian secara virtual (e-learning, online learning), bermula Jumaat 27 Mar 2020 sehingga 30 Apr 2020.
 

Dalam tempoh ini (sekitar 1 bulan), para pelajar tidak harus ke cawangan dan boleh ikuti pengajian ugama di rumah.
 

Butiran jadual dan kandungan pengajian secara virtual akan diberikan dalam masa terdekat melalui portal pelajar, media sosial (Fb, Ig) dan WhatsApp.
 

Operasi pejabat akan berfungsi seperti biasa mengambil kira langkah-langkah mengekang penularan Covid-19.
 

Kadar dan kaedah pembayaran yuran kekal seperti biasa melalui Giro. Sekiranya belum ada akaun Giro pembayaran boleh dibuat secara tunai di kaunter atau melalui Paynow.
 

Maklumat terkini akan diberi dari masa ke masa mengikut perkembangan terkini.

Terima kasih. Wassalam wr. wb.
 

Lembaga Pengarah

25 Mac 2020
Jam 2.00 ptg

PEMBERITAHUAN

 

Waris Pelajar dan Pelajar Dewasa yang dihormati,

 

Assalamu’alaikum Wr. Wb.

 

Tuan/Puan

 

PENGAMBILAN SUHU BADAN DI RUMAH DAN DI PUSAT PENGAJIAN 

 

Semoga anda sekeluarga sihat dan dirahmati Allah swt sentiasa.

 

Senarai polisi dan prosedur telah diperkenal oleh pusat pengajian ini, sejak awal Feb 2020 untuk mengekang penularan Covid-19 sejajar dengan  garispandu pihak berwajib. Sebagai langkah tambahan, kini anda atau anak anda juga perlu membawa alat ukur suhu badan (thermometer) semasa ke pusat pengajian. Ini bermakna mengambil suhu badan harus berlaku di rumah sebelum ke pusat pengajian dan semasa berada di pusat pengajian.      

 

Asatizah akan merekodkan suhu badan anda atau anak anda di daftar kehadiran. Jika anda atau anak anda didapati kurang sihat seperti tanda demam, selsema dan batuk, waris akan dihubungi untuk membawa balik anak untuk berjumpa doktor. Untuk kelas prasekolah, asatizah akan mengambil suhu badan anak anda.

 

Kerjasama anda amat kami hargai untuk kita membendung penularan Covid-19 ini. Semoga Allah swt memberikan perlindungan dan kesihatan kepada kita dan keluarga, serta anugerahkan kesejahteraan kepada seluruh rakyat dan negara. 

 

Terima kasih. Wassalamu’alaikum Wr. Wb.

 

Salam hormat

 

Lembaga Pengarah

20 Mac 2020

PEMBERITAHUAN

 

Waris Pelajar dan Pelajar Dewasa yang dihormati,

​

Assalamu’alaikum Wr. Wb.

 

Tuan/Puan

 

KAWALAN SEMASA BALIK DARI BERKUNJUNG KE LUAR NEGARA

Semoga anda sekeluarga sihat dan dirahmati Allah swt sentiasa. 


Pihak berwajib seperti Kementerian Pendidikan (MOE) dan Kementerian Kesihatan (MOH), telah mengambil langkah yang lebih ketat untuk membendung penularan wabak Covid-19.


Sesuai dengan garispandu yang dikeluarkan MOE dan MOH, anda dan anak anda akan dikenakan ”Stay Home Notice” (SHN) ataupun ”Leave of Absence” (LOA) selama 14 hari sekiranya pulang dalam tempoh yang ditetapkan oleh pihak berwajib. 


Dengan ini, sila isikan borang perjalanan ke luar negara semasa cuti bulan Mac 2020. Borang hendaklah diisikan sebelum mula kembali ke pengajian. Sila lengkapkan borang menerusi link di bawah ini:

http://tiny.cc/isytiharperjalananpelajar


Sekiranya anda atau anak anda terkesan dengan LOA atau SHN dan terpaksa berada di rumah, pengajian ugama masih boleh berlaku secara online. Butiran lanjut hal ini akan diberikan tidak lama lagi, insya Allah.             


Kerjasama anda amat kami hargai. Semoga Allah s.w.t. memberikan perlindungan dan kesihatan kepada kita dan keluarga, serta anugerahkan kesejahteraan kepada seluruh rakyat dan negara. 


Terima kasih. Wassalamu’alaikum Wr. Wb.


Salam hormat,

Lembaga Pengarah

20 Mac 2020

PEMBERITAHUAN

​

Assalamu’alaikum Wr. Wb.

Tuan/Puan,

Pengurusan cawangan Andalus dan Cordova,

Pengajian di cawangan-cawangan Andalus dan Cordova akan berlangsung seperti biasa.

Kita maklumi kelas-kelas Alive di masjid-masjid terjejas kerana usaha 'sanitization' masjid-masjid untuk mengawal penularan Covid-19.

Cuti penggal pengajian di Andalus dan Cordova adalah dalam tempoh 16-22 Mar 2020.

Kita akan terus pantau status terkini ehwal Covid-19 dan mengambil kira panduan dan arahan terkini dari pelbagai agensi pemerintah termasuk Muis.
Wargakerja telah dinasihatkan agar mempertingkatkan langkah piawaian kebersihan di pusat pengajian bagi memastikan pejabat, kelas dan persekitaran sentiasa bersih dan dijauhi dari penularan kuman.

Maklumat lanjut akan diberi dari masa ke masa, berdasar keperluan.

Semoga Allah swt melindungi dan merahmati kita sentiasa.

Syukran. Wassalam. wr. wb.



Lembaga Pengarah
12 Mac 2020

PEMBERITAHUAN

​

Assalamu’alaikum Wr. Wb.

Tuan/Puan,

 

MEMBENDUNG PENULARAN CORONAVIRUS DISEASE (COVID-19)

 

Semoga kita semua dilindungi dan dirahmati Allah s.w.t. sentiasa.

Sebagai respon kepada DORSCON jingga (orange) oleh Kementerian Kesihatan bermula Jumaat 7 Feb 2020, kami telah pertingkat usaha pembelajaran secara virtual. Sekiranya amaran bertukar kepada DORSCON merah dan pihak Kementerian Pendidikan mengarahkan semua sekolah konvensional ditutup, pusat pengajian ini juga harus patuh dengan arahan ini.

Ini bermakna, para pelajar akan lakukan pembelajaran di rumah masing-masing dan tidak perlu ke pusat pengajian. Pembelajaran secara virtual akan diperkenalkan sepenuhya seperti online learning dan elearning. Maklumat, perincian dan arahan lanjut mengenai perkara ini akan diberikan kepada waris dan pelajar melalui portal pelajar, lelaman web pusat pengajian, media sosial dan Whatsapp.

Seperti yang sudah dimaklumi semua, melalui arahan yang kerap dan jelas dari pihak berwajib terutama Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pendidikan, langkah berjaga-jaga di semua pusat pengajian ini perlu terus diperkukuh seperti berikut:

Pemeriksaan suhu badan dan pemantauan kesihatan

Waris dinasihati agar mengukur suhu badan pelajar sebelum ke pusat pengajian. Sekiranya pelajar mempunyai suhu badan ≥ 38.0ºC atau mempunyai gejala seperti selsema, batuk, sakit tekak atau kesukaran bernafas, maka dinasihatkan agar tidak menghadiri kelas dan berjumpa doktor dengan segera.

Tenaga pengajar akan menyambut pelajar masing-masing sebelum masuk kelas dan melakukan pemantauan kesihatan secara verbal dan visual bagi memastikan para pelajar sihat. Pelajar yang didapati kurang sihat akan diasingkan, kemudian waris akan dihubungi untuk membawa pelajar tersebut pulang.

Menjaga kebersihan diri dan persekitaran

Pelajar dinasihati agar meneruskan amalan menjaga kebersihan diri, seperti mencuci tangan dan sentiasa menggunakan pakaian yang bersih. Pusat pengajian juga menyediakan hand sanitizer jika ada keperluan.
Wargakerja telah dinasihatkan agar mempertingkatkan langkah piawaian kebersihan di pusat pengajian bagi memastikan pejabat, kelas dan persekitaran sentiasa bersih dan dijauhi dari penularan kuman.

Mengelak perhimpunan secara beramai-ramai (social distancing)

Dianjurkan agar waris yang hadir untuk menghantar atau mengambil pelajar pulang tidak berlegar di bahagian lobi atau di hadapan premis bagi mematuhi arahan social distancing yang dianjurkan oleh pihak berwajib.

Tenaga pengajar akan memastikan para pelajar yang telah selesai pengajian beredar dari kelas secara beransur-ansur dan tidak keluar secara serentak.

Mengikut garispandu daripada pihak kementerian, wargakerja, waris dan pelajar juga dinasihatkan agar tidak berjabat tangan buat masa ini dan diganti dengan cara sapaan yang bersesuaian, bagi mengurangkan risiko penularan kuman.


Kami memohon kerjasama waris dan pelajar untuk memahami dan mematuhi perkara-perkara di atas dengan baik. Panduan dan arahan terkini akan kami berikan dari masa ke masa berdasarkan keperluan.

Waris dan pelajar dianjurkan agar kerap rujuk kepada portal pelajar, lelaman web dan mengikuti wadah Facebook dan Instagram (see first) kami untuk maklumat terkini.

Semoga Allah s.w.t. memberikan perlindungan dan kesihatan kepada kita dan keluarga, serta anugerahkan kesejahteraan kepada seluruh rakyat dan negara.

Terima Kasih. Wassalamu’alaikum Wr. Wb.



Salam Hormat,

Lembaga Pengarah
13 Feb 2020

bottom of page