Web Analytics
top of page
Kelas Bimbingan Dewasa (Online)
4adb3db9-05fa-4a9f-953b-9479ab97aad8.jpg

PENGENALAN
Kelas Bimbingan Dewasa (KBD) secara atas talian (online) adalah pengajian Islam separuh masa yang menawarkan modul-modul asas untuk memenuhi keperluan mereka yang tidak berpeluang melalui pembelajaran agama secara formal. Program ini menekankan aspek kefahaman dan penghayatan yang dapat diaplikasikan dalam kehidupan.

Program ini diadakan secara atas talian bagi memberi peluang bagi mereka yang tidak berkesempatan untuk mengikuti program ini di cawangan Andalus pada masa yang ditetapkan.

​​

Dengan mengikuti program ini, mereka dapat mengetahui secara menyeluruh dasar-dasar agama dan memahami dengan lebih jelas ajaran-ajaran agama Islam agar dapat mengamalkannya sebaik mungkin dalam kehidupan harian. 

Natijah Pengajian

Berilmu

Menguasai ilmu-ilmu teras, memahami konsep kesepaduan dalam ilmu serta dapat menghubungkaitkan (duniawi dan ukhrawi) dengan kehidupan seharian.

Memahami Maqasid Syariah, mempunyai tasawwur Islam yang jelas dan mampu mengaplikasikannya sesuai dengan konteks semasa.

​

Beriman Beramal dan Bertaqwa

Mempunyai akhlak yang terpuji dan berupaya meletakkan sesuatu pada tempatnya (beradab).

Berpegang teguh pada Al-Quran dan Al-Sunnah dalam kehidupan seharian dan memiliki keyakinan yang mendalam terhadap Islam sebagai agama rahmat bagi sekalian alam.

Syarat-Syarat Kemasukan :

  • Program ini dibuka kepada semua yang berusia 17 tahun ke atas.

  • Peserta tidak perlu mempunyai latarbelakang pendidikan agama yang formal untuk menyertai program ini.

  • Peserta perlu mempunyai kemahiran asas dalam mengendalikan komputer.

  • Peserta perlu mempunyai komputer beserta webcam, headfon, microfon dan talian internet.
     

Yuran:

  • Yuran pendaftaran $20.00

  • Yuran bulanan $37.80

  • Yuran tidak termasuk buku dan nota tambahan

Musim Pengajian

Program akan diadakan secara bermodul selama 2 tahun. Setiap modul mengambil masa selama 12 minggu.

​

Pembelajaran berlangsung seminggu sekali dalam masa 1 jam.

​

Di samping itu, pelajar didedahkan dengan pengajian (asynchronous) melalui portal yang menyediakan kandungan pembelajaran kendiri seperti video ringkas dan juga aktiviti lain. Ia boleh dilakukan sebelum atau selepas kelas.

SEMESTER 1 (6 Bulan)

Penggal 1 : Jan - Mac 

  • Minggu Pengajian : 12 minggu

  • Modul 1 : 12 minggu

Penggal 2 : Apr - Jun

  • Minggu Pengajian : 12 minggu

  • Modul 2 : 12 minggu

SEMESTER 2 (6 Bulan)

Penggal 3 : Jul - Sep 

  • Minggu Pengajian : 12 minggu

  • Modul 3 : 12 minggu

Penggal 4 : Okt - Dis

  • Minggu Pengajian : 12 minggu

  • Modul 4 : 12 minggu

Sistem & Silibus Pengajian

Program akan diadakan secara bermodul selama 2 tahun. 
Ia terbahagi kepada 8 penggal (1 penggal 12 minggu)
1 penggal merangkumi  1 modul
Peserta perlu menamatkan 8 modul dalam jangkamasa tidak lebih dari 3 tahun

​

Setiap modul merangkumi pembelajaran seperti berikut:
1-    Pengajian secara atas talian (asynchronous)
2-    Sesi persidangan web “web conference” (synchronous) selama 1 jam 15 minit setiap sesi.
3-    Sesi persidangan web “web conference” (synchronous) selama 9 jam secara keseluruhan (6 Sesi).

​

Peserta perlu login portal pelajar pada awal penggal untuk membaca nota yang telah dimuatnaik dan menonton/mendengar rakaman video/audio yang telah dimuatnaik dalam portal.

Peserta perlu menyelesaikan tugasan dan penilaian (e-pendidikan) setiap minggu.
Sesi persidangan web akan diadakan pada waktu yang ditetapkan. Pelajar diwajibkan untuk login portal untuk menghadiri sesi tersebut.

​

Peserta perlu sentiasa login portal untuk menyertai perbincangan (forum) yang diberikan. Peserta juga perlu aktif dalam perbincangan secara atas talian di dalam portal.


Sesi kuliah akan diadakan sebanyak 2 kali selama 3 jam keseluruhan jam pada minggu yang ditetapkan.

​

Aktiviti Pembelajaran

  • Kuiz 

  • Forum  

  • Webinar

  • Kajian Kes

  • Perbincangan 

 

Buku

Buku yang akan digunakan bagi program ini:

Siri buku asas kefahaman Islam peringkat remaja (buku teks Andalus)
 
Pensyarah Program

Pensyarah perlu mempunyai kelulusan Ijazah dalam Pengajian Islam dan sekurangnya 2 tahun pengalaman mengajar peringkat remaja/dewasa.

​

Perincian Program (Course Outline)

Jalur Pengajian

Peserta yang berjaya menamatkan pengajian KBDO berpeluang untuk meneruskan pengajian mereka ke program-program yang ditawarkan Andalus dan Al-Zuhri seperti Pra Diploma Pengajian Islam Andalus PPI, Sijil Pengajian Ugama SPU, Sijil Pengajian Bahasa Arab & Sijil Pengajian Al-Quran - Al-Zuhri. Untuk maklumat lanjut program Al-Zuhri sila ke lelaman www.zuhri.com.sg

​

  • Diploma Pengajian Islam Al-Zuhri DPIZ (4 tahun)

  • Diploma Pengajian Bahasa Arab DPBA (4 tahun)

  • Diploma Pengajian Al-Quran & Al-Sunnah DPQS (4 tahun)

  • Diploma Pengajian Islam Andalus DPIA (4 tahun)

​

  • Sijil Pengajian Bahasa Arab SPBA– Al-Zuhri (2 tahun)

  • Sijil Pengajian Al-Quran SPA – Al-Zuhri (2 tahun)

  • Sijil Pengajian Ugama SPU– Al-Zuhri (2 tahun)

  • Pra Diploma Pengajian Islam Andalus PPI (2 tahun)

​

​

Penilaian & Sijil

Metod Penilaian

Pelajar akan dinilai berdasarkan perkara berikut:

  • Penyertaan dalam perbincangan forum di portal pelajar

  • Menyelesaikan tugasan yang diberikan

  • Penilaian kendiri (e-pendidikan)

  • Kehadiran sesi kuliah

  • Login sesi persidangan web “web conference”

​

Pembahagian markah

  • Penyertaan dalam perbincangan di portal pelajar: 10%

  • Tugasan: 20%

  • Penilaian kendiri: 30%

  • Menghadiri sesi kuliah: 20%

  • Menghadiri sesi persidangan web: 20%

​

Penganugerahan Sijil Tamat Pengajian

Sijil penyertaan akan diberikan sekiranya peserta berjaya menamatkan kesemua modul serta mendapatkan markah 50% ke atas untuk setiap modul.

bottom of page