Web Analytics
Pengajian Online PPI | Andalus Website
top of page
Pra Diploma Pengajian Islam (Online)
Screenshot 2020-06-14 at 7.38.19 AM.png

PENGENALAN

Program Pra Diploma Pengajian Islam Andalus (PPI) secara atas talian (online) adalah pengajian Islam separuh masa bagi peringkat asas yang merangkumi pelbagai disiplin ilmu-ilmu teras agama.

 

PPIO menawarkan sistem pengajian yang menekankan aspek aplikasi dan kefahaman berdasarkan keadaan dan kehidupan semasa.

PPIO bertujuan membuka ruang kepada mereka yang tidak berkesempatan untuk mendapatkan pendidikan asas agama peringkat menengah secara formal untuk memperkukuhkan pengetahuan mereka dalam bidang tersebut serta melanjutkan pengajian Islam ke peringkat yang lebih tinggi. Dengan ini mereka berpeluang untuk mendalami dan meluaskan pemikiran serta kefahaman Islam sejajar dengan keperluan dan cabaran semasa.

​

Program PPI atas talian atau online ini juga diadakan bagi mereka yang tidak berpeluang untuk ikuti pengajian secara formal di cawangan pada masa yang ditetapkan.

​

Dengan mengikuti program ini, mereka dapat mengetahui secara menyeluruh dasar-dasar agama dan memahami dengan lebih jelas ajaran-ajaran agama Islam agar dapat mengamalkannya sebaik mungkin dalam kehidupan harian. 

Natijah Pengajian

Berilmu

Menguasai ilmu-ilmu teras, memahami konsep kesepaduan dalam ilmu serta dapat menghubungkaitkan (duniawi dan ukhrawi) dengan kehidupan seharian

Memahami Maqasid Syariah, mempunyai tasawwur Islam yang jelas dan mampu mengaplikasikannya sesuai dengan konteks semasa.

​

Beriman Beramal dan Bertaqwa

Mempunyai akhlak yang terpuji dan berupaya meletakkan sesuatu pada tempatnya (beradab).

Berpegang teguh pada Al-Quran dan Al-Sunnah dalam kehidupan seharian dan memiliki keyakinan yang mendalam terhadap Islam sebagai agama rahmat bagi sekalian alam.

Syarat-Syarat Kemasukan

  • Program ini dibuka kepada semua yang berusia 17 tahun ke atas. 

  • Peserta tidak perlu mempunyai latarbelakang pendidikan agama peringkat tinggi yang formal untuk menyertai program ini. 

  • Peserta hanya perlu mempunyai asas latarbelakang pengetahuan agama sekurang-kurangnya tahap darjah 6 madrasah masjid (separuh masa) bagi mereka yang belum mempunyai asas pengajian Islam disarankan untuk menduduki program Kelas Bimbingan Dewasa - KBD/ KBD Online.

​

Yuran Pengajian

  • Pendaftaran $62.00

  • Bulanan $67.40

  • Yuran tidak termasuk buku dan nota tambahan

Musim Pengajian

Program akan diadakan secara bermodul selama 2 tahun. Setiap modul mengambil masa selama 12 minggu.

​

Pembelajaran berlangsung seminggu sekali dalam masa 2 jam.

​

Di samping itu, pelajar didedahkan dengan pengajian ( asynchronous) melalui portal yang menyediakan kandungan pembelajaran kendiri seperti video ringkas dan juga aktiviti lain. Ia boleh dilakukan sebelum atau selepas kelas.

SEMESTER 1 (6 Bulan)

Penggal 1 : Jan - Mac

  • Minggu Pengajian : 12 minggu

  • Modul 1 : 12 minggu

Penggal 2 : Apr - Jun

  • Minggu Pengajian : 12 minggu

  • Modul 2 : 12 minggu

SEMESTER 2 (6 Bulan)

Penggal 3 : Jul - Sep

  • Minggu Pengajian : 12 minggu

  • Modul 3 : 12 minggu

Penggal 4 : Okt - Dis

  • Minggu Pengajian : 12 minggu

  • Modul 4 : 12 minggu

Sistem & Silibus Pengajian

  • Program akan diadakan secara bermodul selama 2 tahun.

  • Ia terbahagi kepada 8 penggal (1 penggal 12 minggu).

  • 1 penggal merangkumi  1 modul.

  • Peserta perlu menamatkan 8 modul dalam jangkamasa tidak lebih dari 3 tahun.

​

Setiap modul merangkumi pembelajaran seperti berikut:

  • Pengajian secara atas talian (asynchronous) .

  • Sesi kuliah (dalam kelas - synchronous) selama 2 jam setiap sesi.

  • Sesi persidangan web “web conference” (synchronous) selama 24 jam secara keseluruhan dalam 12 sesi.

​

Peserta perlu login portal pelajar pada awal penggal untuk membaca nota yang telah dimuatnaik dan menonton/mendengar rakaman video/audio yang telah dimuatnaik dalam portal.
Peserta perlu menyelesaikan tugasan dan penilaian (e-pendidikan) setiap minggu.
Sesi persidangan web akan diadakan pada waktu yang ditetapkan. Pelajar diwajibkan untuk login portal untuk menghadiri sesi tersebut.


Peserta perlu sentiasa login portal untuk menyertai perbincangan (forum) yang diberikan. Peserta juga perlu aktif dalam perbincangan secara atas talian di dalam portal.
Sesi kuliah akan diadakan sebanyak 6 kali selama 12 jam keseluruhan jam pada minggu yang ditetapkan.

​

Aktiviti Pembelajaran

  • Tugasan (Open-Ended)

  • Kuiz

  • Forum

  • Webinar

  • Kajian Kes

  • Perbincangan

 

Buku

Buku yang akan digunakan bagi program ini:

Siri buku asas kefahaman Islam peringkat menengah (buku teks Andalus)
 

Pensyarah Program

Pensyarah perlu mempunyai kelulusan Ijazah dalam Pengajian Islam dan sekurangnya 2 tahun pengalaman mengajar peringkat remaja/dewasa.

​

Perincian Program (Course Outline)

Jalur Pengajian

Peserta yang berjaya menamatkan pengajian PPI Online berpeluang untuk meneruskan pengajian mereka ke pelbagai program seperti Diploma Pengajian Islam Andalus DPIA. Diploma Pengajian Al-Quran & Al-Sunnah (DPQS). Untuk maklumat lanjut program al-Zuhri sila ke lelaman www.zuhri.com.sg

  • Diploma Pengajian Islam Al-Zuhri DPIZ (4 tahun)

  • Diploma Pengajian Al-Quran & Al-Sunnah DPQS (4 tahun)

  • Diploma Pengajian Islam Andalus DPIA (4 tahun)

  • Pra Diploma Pengajian Islam Andalus PPI / PPI Online (2 tahun)

  • Kelas Bimbingan Dewasa KBD / KBD Online (2 tahun)

Penilaian & Sijil

Metod Penilaian

Pelajar akan dinilai berdasarkan perkara berikut:

  • Penyertaan dalam perbincangan fórum di portal pelajar

  • Menyelesaikan tugasan yang diberikan

  • Penilaian kendiri (e-pendidikan)

  • Kehadiran sesi kuliah

  • Login sesi persidangan web “web conference”

​

Pembahagian markah

  • Penyertaan dalam perbincangan di portal pelajar: 10%

  • Tugasan: 20%

  • Penilaian kendiri: 30%

  • Menghadiri sesi kuliah: 20%

  • Menghadiri sesi persidangan web: 20%

​

Sijil penyertaan akan diberikan sekiranya peserta berjaya menamatkan kesemua modul serta mendapatkan markah 50% ke atas untuk setiap modul.

bottom of page